Tapai Manis dan Mudah
Raya Aidilfitri haritu Dedel dan Suami ad beli Tapai, satu bekas RM15 ad la bbrp bungkus tapai dibalut dengan daun pisang. Ktrg x kisah dgn harga berapa janji benda tu sedap :) . Kami berdua mmg hantu tapai, pantang nampak confirm beli :)
Balik je ke Klang suami pon utarakan "boleh x awk blajar buat tapai" OMG .. Mak pon x pernah buat tau 😓😒
So disebabkan atas request suami tersyg dedel pon google lah resepi tapai sana sini dan try.. Berjaya buat untuk Open House Rumah Ktrg n Hubby ckp sedap sgt !!! clap clap clap..
(bukan suami je ckp sedap, mertua, biras2 dan kawan2 😈
Ini tapai batch kedua buat atas permintaan suami dan kawan2 Office.
Jom Tengok cara buat tapai yg sangat mudah ni:
Bahan2 :
1. Beras Pulut
2. Ragi
3.Daun Pisang
Cara Masak Pulut:
Basuh beras pulut dlm periuk rice cooker tu ikotlah banyak mana nak kan, basuh bersih2 ye sbb kebersihan amat penting dlm penyediaan tapai ni.
lepas dh basuh masukkan air x kisah brapa banyak janji lepas paras pulut dlm periuk tu.
Lepas tu, masak atas api sampai mendidih, jgn biarkan mendidih lama nnt lembik pulak... kacau bagi sekata dan angkat dari api. Tuangkan semua air dlm periuk
Lastly, letak periuk tu kt tempat masak die yg letrik tu dan tekan masak mcm masak nasik... tgu sampai die masak n biar kejap dlm warm.. Percayalah pulut tu mmg terhasil cantik dan kejap je masak :)
Penyediaan Tapai
Bila pulut dah msak, sejukkan die didalam talam yg besar .. tgu sampai betol2 sejuk.. langsung tiada panas ok. (Masa tgu pulut sejuk bolehla siapkan bekas utk tapai, letak daun pisang utk effect kampung sikit)
LAstly ambik ragi dan hancurkan, lepas tu ayak dengan penapis ragi tu atas pulut tadi .
Dah siap gaul masukka dlm bekas kecik2 tapai tu .
Perap Dlm bekas besar utk 2 hari, Balut dengan kain batik ke apa ke janji gelap dn jangan ko nk jengok2 ye.. nnt tapai x jadi :)
Lepas 2 hari masukkan dlm peti ais ... siap :)
Ulasan
Catat Ulasan